Usahawan Internet Malaysia

Assalamualaikum,

Melihatkan bilangan blog/website usahawan Malaysia yang semakin bertambah rasanya industri ini semakin dikenali . Hamba melihat masyarakat kini sudah mula membuka mata kepada generasi-generasi usahawan baru ini . Isu ini mula medapat perhatian apabila Dr Irfan Khairi melancarkan bukunya yang bertajuk Rahsia Jutawan Internet Terbongkar

Rahsia Jutawan Internet

yang membuka mata masyarakat tentang usahawan internet.Jika selama ini usahawan internet hanya dipandang sebelah mata sahaja keadaan kini sudah berubah sama sekali.Kini muncul pelbagai website/blog yang membincangkan tentang internet marketing ini.Ada yang sarat dengan ilmu ada yang sebaliknya.Anda sendiri boleh menilainya.

Prospek Masa Hadapan

Wahh..prospeknya memang besar.Tambahan pula banyak lagi ruang-ruang kosong yang perlu dipenuhi oleh entrepenuer tempatan terutama untuk market Malaysia ini.Saya cadangkan anda melakukan kajian yang mendalam bagi memastikan bisnes yang dijalankan nanti tidak sia-sia.Dengan teknik yang betul tidak mustahil anda mendapat pendapat 5 angka satu bulan.

Senarai Website/Blog Entrepreneur Malaysia

Rahsia Internet Oleh Dr Irfan Khairi [One Of The Internet Bisnes Guru In Malaysia]

SmartZul–>Malaysia Internet Business Blog[Jangan Mulakan Perniagaan Anda Tanpa Melawat Website Ni Dahulu.Konfom Fail.Satu Blog Yang Penuh Dgn Ilmu Berguna]

Flarebiz.com Blog Usahawan Muda Malaysia.Mampu Menjana Pendapatan 10k Sebulan Dan Masih Menunggu Result SPM NYER..X Percaya Bukan??

Gobala Krishnan blog Gobala have been Nominated For Most Inspiring Young Malaysian Entrepeneur by Ideapreneur.net..Vote For Him Now

Zamri Nayan Dot Com

Soklan:Ermmm..kan banyak lagi website camtuh..asl x letak dlm list skali??

Jawapan:wahh..banyak sgt arr..x larat hamba..aperpun post jerk website anda dkt bwh nt hamba upkan naik ats..haha..

Comments

Result Spm Esok Ke??

Assalamualaikum,

Ramai rakan hamba bertanya kepada hamba adakah benar khabar-khabar angin yang mengatakan keputusan SPM akan dikeluarkan esok[28/2/2008] . Hamba hanya tergelak mendengar khabar-khabar yang TIDAK BENAR SAMA SEKALI INI . Namun masih terdapat beberapa rakan hamba yang mempercayai khabar angin itu . Ada yang sudah membeli tiket bas dan ada yang ibu/bapa sudah mengambil cuti pada hari esok .

Rasanya masih ramai lagi yang tidak faham bagaimana perjalanan proses pilihanraya ini . Biarlah hamba terangkan serba ringkas perjalanan pilihanraya kali ini.

[13/2/08] : Pembubaran Parlimen Oleh Perdana Menteri

[24/2/08] : Proses Penamaan Calon[Tempoh Berkempen]

[08/3/08] : Hari Pengundian

Selepas proses kiraan undi selesai barulah perlantikan anggota kabinet oleh parti yang menang akan dibuat . Proses ini akan memakan dalam beberapa hari untuk PM yang baru buat keputusan tentang anggota- anggota kabinetnya . Jadi anda pun boleh kira sendiri bila akan keluar keputusannya.Sebaiknya saudara/i menelefon sekolah masing - masing untuk maklumat lanjut.

Sekian

KATAKAN TIDAK KEPADA KEPADA KHABAR-KHABAR ANGIN.

Rujukan Anda

Malaysia Student Blog
Web Parlimen Malaysia

Web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Comments

Mobile Income Betul Ke?

Assalamualaikum,

Pada kali ini saya akan membincangkan tentang topik Mobile Income . Beberapa hari lepas , saya berkesempatan menghadiri satu seminar percuma tentang Mobile Income anjuran sebuah syarikat di negara kita . Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang apa Mobile Income ini .

Mobile Income

Apa Itu Mobile Income?

Tentu anda pernah lihat iklan - iklan di akhbar seperti servis memuat turun lagu , horoskop , info solat dan sebagainya . Servis ini akan mengenakan caj tertentu untuk setiap perkhidmatan yang diberikan.Contohnya jika anda ingin memuat turun nada dering , anda hanya perlu memasukkan kod-kod tertentu yang akan diterima oleh sistem syarikat tersebut . Kemudian sistem ini akan terus menghantar nada dering yang dipinta oleh anda . Anda akan dikenakan caj tertentu untuk perkhidmatan ini .

Prospek Masa Hadapan

Dengan penggunaan telefon bimbit di kalangan rakyat Malaysia yang semakin meningkat saban tahun , sudah tentu bisnes ini akan semakin berkembang.

Mobile Phone

Pengguna telefon bimbit kini sudah melangkaui angka 20 juta . Satu angka yang amat besar . Saya pasti dalam beberapa tahun lagi angka ini akan semakin bertambah.

Sekian

Senarai beberapa website/blog untuk rujukan anda

Mobile-Income
Seminar Jutawan
Mymode

Comments (2)

Selamat Datang Ke Pendapat Hamba Blog

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu ingin saya ucapkan terima kasih kepada saudara/i yang sudi berkunjung ke blog ini. Di sini ingin saya nyatakan beberapa peraturan untuk posting comment di sini. 

  1.   SEBARANG COMMENT SPAM DISINI AKAN  DIDELETE SERTA MERTA
  2. SEBARANG COMMENT YANG MENGGUNAKAN KATA-KATA KESAT,LUCAH DAN PROVOKOTIF AKAN DIDELETE SERTA MERTA
  3. JIKA ANDA INGIN MELAKUKAN PROMOSI PERNIAGAAN/WEB ANDA ANDA BEBAS MELAKUKANNYA DENGAN SYARAT SILA BERI COMMENT ANDA DAHULU KEMUDIAN LETAKKAN LINK DI BAWAH ATAU ANDA BOLEH MENGHUBUNGI SAYA DI EMAIL SAYA khairul_neo@yahoo.com UNTUK MELETAKKAN LINK ANDA DI BLOGROLL SAYA.

SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIBERITAHU KELAK.

AKHIR KATA, JADILAH KOMENTOR YANG BERETIKA.

SEKIAN

Comments