Result Spm Esok Ke??

Assalamualaikum,

Ramai rakan hamba bertanya kepada hamba adakah benar khabar-khabar angin yang mengatakan keputusan SPM akan dikeluarkan esok[28/2/2008] . Hamba hanya tergelak mendengar khabar-khabar yang TIDAK BENAR SAMA SEKALI INI . Namun masih terdapat beberapa rakan hamba yang mempercayai khabar angin itu . Ada yang sudah membeli tiket bas dan ada yang ibu/bapa sudah mengambil cuti pada hari esok .

Rasanya masih ramai lagi yang tidak faham bagaimana perjalanan proses pilihanraya ini . Biarlah hamba terangkan serba ringkas perjalanan pilihanraya kali ini.

[13/2/08] : Pembubaran Parlimen Oleh Perdana Menteri

[24/2/08] : Proses Penamaan Calon[Tempoh Berkempen]

[08/3/08] : Hari Pengundian

Selepas proses kiraan undi selesai barulah perlantikan anggota kabinet oleh parti yang menang akan dibuat . Proses ini akan memakan dalam beberapa hari untuk PM yang baru buat keputusan tentang anggota- anggota kabinetnya . Jadi anda pun boleh kira sendiri bila akan keluar keputusannya.Sebaiknya saudara/i menelefon sekolah masing - masing untuk maklumat lanjut.

Sekian

KATAKAN TIDAK KEPADA KEPADA KHABAR-KHABAR ANGIN.

Rujukan Anda

Malaysia Student Blog
Web Parlimen Malaysia

Web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Leave a Comment

You must be logged in to post a comment.